Pengumuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman taukehandphone...

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menerangkan keadaan sebenar tentang jual beli handphone.

seperti anda sedia maklum, harga-harga yang saya paparkan ini adalah harga yang terbaik yang saya boleh berikan. ini kerana saya mengambil kira saya tidak mempunyai sebarang kedai dan membayar pekerja untuk mengambil untung yang melampau..

Harga yang saya paparkan di blog ini adalah harga yang terbaik yang saya boleh berikan kerana saya hanya mengambil RM 30-40 ringgit untuk membayar tambang ke Plaza Low Yat untuk mengambil stok.

Saya bukanlah seorang peniaga yang mempunyai modal besar yang mampu memberi anda 'free gift' yang banyak. Namun, jika anda inginkan cover handphone free, saya boleh memberinya secara percuma. Cuma jangan bandingkan saya dengan peniaga-peniaga di luar sana. keuntungan mereka berlipat kali ganda daripada saya. Saya hanya menjalankan perniagaan ini untuk membantu anda sebagai teman dan sahabat saya.

Selain itu, jika anda semua bertanya di kedai-kedai luar, mereka hanya akan meletakkan harga handphone Ap Set. Jangan silap membandingkan harga Ap set mereka dengan Ori Set saya. Tanya kepada mereka sama ada Ori Set atau AP set. Jika harga mereka lebih murah, sebaiknya anda membeli daripada mereka.

Sekian, terima kasih