Tips Memilih Handphone Berkamera

Akhir-akhir ini, handphone berkamera menjadi trend kepada semua golongan baik muda sehingga ke usia tua. Namun begitu, tahukan anda apa yang anda perlu untuk menitik beratkan dalam membeli handphone berkamera.. ?? mari kita lihat tips-tips terbaik dibawah…

MEGAPIXEL

Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar megapixel, semakin cantik gambar dapat dihasilkan. Sebenarnya hipotesis anda salah sama sekali! Megapixel sebenarnya merupakan saiz resolusi gambar yang membolehkan anda mencetak gambar tersebut sama ada besar atau kecil. Sebagai contoh 0.3 megapixel hanya mampu menghasilkan gambar bersaiz 640x480 pixels, manakala 8 megapixel membolehkan anda mendapat gambar bersaiz sehingga 3264x2448 pixels!!

PILIHAN OPTIK

Kebanyakkan pengeluar handphone cuba mencari alternative untuk menjadikan penggambaran handphone berkamera mereka menghasilkan penggambaran yang berkualiti. Antara pengeluar handphone yang menggunakan teknik itu ialah NOKIA dengan optic Carl Zeiss dan LG yang menggunakan Schneider-Kreuznach

FUNGSI ZOOM

Anda juga perlu memastikan handphone yang anda ingin miliki mempunyai fungsi zoom yang baik. Ada 2 jenis zoom iaitu digital dan optical zoom. Namun begitu, hasil gambar yang menggunakan dizoom dengan optical zoom adalah lebih baik.

FOKUS

Fungsi auto focus dan macro shot adalah penting untuk mendapat hasil gambar yang terbaik. Kini, terdapat juga teknologi auto focus yang menyokong focus jenis sentuhan dimana anda hanya perlu menyentuh mana-mana bahagian gambar dan kamera akan memfokus ia secara automatic.


FLASH

Terdapat 3 jenis flash iaitu LED FLASH, PHOTO FLASH dan XENON FLASH. Diantara ketiga-tiga ini, XENON FLASH yang terbaik kerana ia turut digunakan di kamera-kamera biasa. PHOTO FLASH pula merupakan teknologi terbaru dan diaplikasi di dalam handphone Sony Ericsson C902, C702 dan W902.


PENUTUP LENSA

Ia berfungsi untuk memastikan tiada habuk atau debu yang terkumpul di permukaan kamera apabila ia tidak digunakan. Kebersihan permukaan lensa amat penting bagi memastikan hasil gambar tidak kabur. Terdapat dua jenis penutup lensa iaitu secara manual dan mechanical shutter.

Tips Menggunakan Pengecas Handphone
















- Lebih baik mengecas penuh bateri ketika pertama kali menggunakan handphone dan cabut pengecas bila sudah penuh.


- Kebanyakkan pengecas handphone boleh digunakan untuk beberapa jenis handphone. Ia boleh disemak dari spesifikasi pengecas yang ada di bahagian belakang pengecas. Tetapi adalah lebih hal ini dielakkan kerana setiap handphone memiliki jenis handphone dan pengecas tertentu.


- Gunakan pengecas asli atau original. Jika pengecas sedia ada sudah rosak, beli yang original. Elakkan beli yang tiruan kerana banyak pengecas yang seperti original tetapi palsu.


- Jangan selalu mengecas bateri menggunakan pengecas kereta, ini kerana spesifikasi pengecas kereta dan pengecas biasa berbeza. Arus yang dihasilkan dari kereta dan elektrik PLN sangat berbeza dan output kedua-duanya turut berbeza.


- Proses mengecas juga menentukan ketahanan bateri. Jangan overcharging handphone anda. Adalah lebih baik jika anda mempunyai pengecas yang menggunakan timer sensor panas yang akan memutuskan proses mengecas secara automatic apabila sudah penuh.

Sekian

Tips Menjaga Handphone Dari Terkena Virus


















Pertama

Jangan terus menjawab YES atau OK bagi setiap file yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali.


Kedua

Fungsi Bluetooth sebaiknya diubah kepada Hidden atau OFF jika tidak digunakan.


Ketiga

Install program Anti-Virus


Keempat

Jika anda secara tidak sengaja menginstall virus, jangan reboot handphone anda sebaliknya anda mencari anti-virus bagi virus tersebut di website dan ikuti panduan untuk menghapuskan virus tersebut


Skrin Mana Yang Terbaik??

Skrin sentuh yang menggunakan teknologi resistive memiliki harga yang paling murah namun kerana menggunakan dua lapisan metal sahaja hanya 75% dari cahaya monitor yang mengakibatkan memiliki gambar yang kurang baik.

Teknologi capacitive 90% cahaya dari monitor boleh dipaparkan dan boleh memaparkan gambar yang terbaik daripada teknologi resistive.

Teknologi skrin sentuh surface acoustic wave yang terbaik dalam memaparkan gambar.

Dari segi ketahanan teknologi resistive dan surface acoustic wave kurang tahan terhadap debu berbanding dengan capacitive.

Dari segi sentuhan, teknologi capacitive mampu bertahan sehingga 60 juta sentuhan, resistive dan acoustic wave mampu bertahan hingga 15 juta dan 30 juta.

Tip menjaga handphone skrin sentuh


  • Hindari handphone dari medan magnet magnet kerana medan magnet dapat mempengaruhi bahkan merosakkan skrin.

1.