TIPS MEMBELI HANDPHONE SECONDHAND



PERTAMA
Kenali handphone yang diingini. Sebelum anda membuat keputusan, elok rasanya anda menyelidik sedikit tentang handphone yang anda ingin beli seperti jenis band, fungsi multimedia dan sebagainya supaya anda tidak bingung apabila ditawarkan handphone lain di kedai.



KEDUA
Survey harga pasaran. Setelah mengetahui handphone yang ingin dibeli, survey harganya.



KETIGA
Jangan terlalu menginginkan harga yang semata-mata murah, tetapi pilihlah harga yang berpatutan dengan semasa dan keadaan handphone itu.



KEEMPAT
Teliti fizikal handphone. Bila disebut terpakai, pasti ada sedikit cacatnya. Namun, teliti dahulu dari segi fizikal handphone, keypad, navigasi, skrin, bateri dan yang paling penting nombor IMEI pada telefon adalah tepat.



KELIMA
Uji handphone. Minta kepada penjual supaya membenarkan anda menguji handphone itu. Try aplikasi seperti sound system, kamera, typing system dan sebagainya.



KEENAM
Lihat perjanjian jual beli dan after sales. Tanyakan pada penjual, tentang jaminan dan tempohnya kerana jika berlaku masalah, anda tidak perlu gelabah.






TIPS MENGHINDARI HANDPHONE DARIPADA MELETUP



PERTAMA

Gunakan bateri original. Jangan pernah terfikir untuk membeli bateri tiruan kerana keselamatannya tidak dapat dijamin


KEDUA

Tidak membaiki bateri yang rosak.


KETIGA

Tidak membeli bateri second hand. Jika bateri baru pun boleh rosak, apatah lagi yang secondhand.


KEEMPAT

Matikan handphone jika terasa handphone anda panas.


KELIMA

Kembalikan handphone bermasalah. Sekiranya handphone yang baru anda beli terdapat tanda-tanda overheating, kembalikan ke kedai yang dibeli untuk menggantikan dengan yang baru sekiranya masih dibawah masa warranty.


KEENAM

Tidak cas terlalu lama. Segera cabut plug sekiranya bateri anda telah full charge. Ini sekaligus mengelakkan handphone anda dari overheating.


KETUJUH

Tidak menggunakan handphone ketika charging.


KELAPAN

Gunakan sarung handphone. Jika handphone anda meletup secara tiba-tiba, ini dapat mengurangkan risiko kecederaan yang lebih parah berbanding anda meletakkan handphone anda tanpa sarung di dalam poket baju atau seluar.


KESEMBILAN

Jangan letakkan handphone pada badan.