NOKIA E72


Nokia E72 merupakan kesinambungan daripada handphone Nokia E71. Mempunyai ciri-ciri yang seakan-akan sama daripada E71, E72 tetap tampil dengan keupayaan yang tersendiri.


E72 membawa perubahan dari segi sistem pesan ringkas dan email. E72 mampu mengakses lebih 10 akaun email antaranya Hotmail, Gmail, Yahoo Mail dan sebagainya. Ia juga mempunyai Ovi Mail yang membolehkan penggunanya menyimpan email hingga kapasiti 1G.




Meskipun rekaan kekuncinya berbentuk QWERTY, ia tidak menghalang pengguna E72 untuk berhubung melalui Windows Live Messenger, Google Talk serta pelbagai aplikasi yang sama.




E72 juga dilengkapi dengan aplikasi Ovi Maps. Aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan peta ke laluan yang dikehendaki beserta dengan suara yang menunjuk arah laluan.






Berbanding dengan E71, kamera Nokia E72 terbina dengan kemampuan 5 Megapixel. E72 turut dilengkapi dengan Optical Navi Key yang bertindak sebagai butang AutoFocus.



Sudah pasti, reka bentuknya mirip seakan-akan E71. Namun begitu, sisi rekaannya telah ditambah baik untuk memberi kepuasan kepada para penggemar Nokia khususnya Nokia E72.




Spesifikasi:

Saiz: 114 x 58.3 x 10.1 mm .

Berat : 128 g .

Resolusi : 320 x 240 pixels (QVGA) .

Kamera : 5.0 Megapixels dengan Autofocus, LED Flash.

Aplikasi : Ovi Maps.

Memori : 4 GB MicroSD memory card (with hot swap), support for up to 16 GB .


Harga

original set: RM 1070 + memori 4G

AP set : RM 1000+memori 4G

0 Response to "NOKIA E72"