Tips Memilih Handphone Berkamera

Akhir-akhir ini, handphone berkamera menjadi trend kepada semua golongan baik muda sehingga ke usia tua. Namun begitu, tahukan anda apa yang anda perlu untuk menitik beratkan dalam membeli handphone berkamera.. ?? mari kita lihat tips-tips terbaik dibawah…

MEGAPIXEL

Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar megapixel, semakin cantik gambar dapat dihasilkan. Sebenarnya hipotesis anda salah sama sekali! Megapixel sebenarnya merupakan saiz resolusi gambar yang membolehkan anda mencetak gambar tersebut sama ada besar atau kecil. Sebagai contoh 0.3 megapixel hanya mampu menghasilkan gambar bersaiz 640x480 pixels, manakala 8 megapixel membolehkan anda mendapat gambar bersaiz sehingga 3264x2448 pixels!!

PILIHAN OPTIK

Kebanyakkan pengeluar handphone cuba mencari alternative untuk menjadikan penggambaran handphone berkamera mereka menghasilkan penggambaran yang berkualiti. Antara pengeluar handphone yang menggunakan teknik itu ialah NOKIA dengan optic Carl Zeiss dan LG yang menggunakan Schneider-Kreuznach

FUNGSI ZOOM

Anda juga perlu memastikan handphone yang anda ingin miliki mempunyai fungsi zoom yang baik. Ada 2 jenis zoom iaitu digital dan optical zoom. Namun begitu, hasil gambar yang menggunakan dizoom dengan optical zoom adalah lebih baik.

FOKUS

Fungsi auto focus dan macro shot adalah penting untuk mendapat hasil gambar yang terbaik. Kini, terdapat juga teknologi auto focus yang menyokong focus jenis sentuhan dimana anda hanya perlu menyentuh mana-mana bahagian gambar dan kamera akan memfokus ia secara automatic.


FLASH

Terdapat 3 jenis flash iaitu LED FLASH, PHOTO FLASH dan XENON FLASH. Diantara ketiga-tiga ini, XENON FLASH yang terbaik kerana ia turut digunakan di kamera-kamera biasa. PHOTO FLASH pula merupakan teknologi terbaru dan diaplikasi di dalam handphone Sony Ericsson C902, C702 dan W902.


PENUTUP LENSA

Ia berfungsi untuk memastikan tiada habuk atau debu yang terkumpul di permukaan kamera apabila ia tidak digunakan. Kebersihan permukaan lensa amat penting bagi memastikan hasil gambar tidak kabur. Terdapat dua jenis penutup lensa iaitu secara manual dan mechanical shutter.

0 Response to "Tips Memilih Handphone Berkamera"