TIPS MEMBELI HANDPHONE SECONDHAND



PERTAMA
Kenali handphone yang diingini. Sebelum anda membuat keputusan, elok rasanya anda menyelidik sedikit tentang handphone yang anda ingin beli seperti jenis band, fungsi multimedia dan sebagainya supaya anda tidak bingung apabila ditawarkan handphone lain di kedai.



KEDUA
Survey harga pasaran. Setelah mengetahui handphone yang ingin dibeli, survey harganya.



KETIGA
Jangan terlalu menginginkan harga yang semata-mata murah, tetapi pilihlah harga yang berpatutan dengan semasa dan keadaan handphone itu.



KEEMPAT
Teliti fizikal handphone. Bila disebut terpakai, pasti ada sedikit cacatnya. Namun, teliti dahulu dari segi fizikal handphone, keypad, navigasi, skrin, bateri dan yang paling penting nombor IMEI pada telefon adalah tepat.



KELIMA
Uji handphone. Minta kepada penjual supaya membenarkan anda menguji handphone itu. Try aplikasi seperti sound system, kamera, typing system dan sebagainya.



KEENAM
Lihat perjanjian jual beli dan after sales. Tanyakan pada penjual, tentang jaminan dan tempohnya kerana jika berlaku masalah, anda tidak perlu gelabah.






0 Response to "TIPS MEMBELI HANDPHONE SECONDHAND"